ARKIB-KEMBARA#3 MEDAL RAJA MELAYU MALAISE DI MUZIUM PERANCIS


 ARKIB-KEMBARA#3 MENJENGAH MEDAL RAJA MELAYU MALAISE DI MUZIUM PERANCIS




Paris sudah tentu menjanjikan kota seni paling berpengaruh di Eropah.

Kota tua ini sarat dengan sejarah peradaban lampau selain seni, literasi, teater dan musik juga diantara daya penarik sang flaneur di seluruh dunia untuk menjelajahi kota ini. 

2013, saya ke Paris, menggantikan rakan sekerja yang tidak dapat pergi. Peluang sebegini jarang sekali untuk diperolehi, dan saya terima dengan riang hati. 

Selain Louvre, banyak muzium dan galeri peribadi dan institusi yang membuka lebar daun pintu mereka untuk mempamerkan koleksi dengan bayaran tiket bagi pelancong dan penjanaan ekonomi selain kembali kepada pengurusan koleksi galeri/ muzium mereka. Salah satu muzium yang saya lawati, adalah Musee de la Legion D'Honneur, Paris, Perancis















Pameran yang sedang berlangsung adalah pameran Medal dan objek ornamental dalam pembesar dan pemerintah di Eropah sehingga ke Raja Melayu dari Malaise/ Malaysia. Antaranya medal keluarga di Raja Pahang dan Johor. 

Apa yang menarik pameran ini, gabungan diantara lukisan potret yang dilukis dengan pakaian pembesar berserta lukisan medal yang perincian terperinci. Dan di bawah lukisan tersebut ada diletakan medal sebenar. Selain costum, senjata dan arca batu pualam/ plaster of paris/ seramik. 



 

Penataan cahaya yang spesifik dengan lux yang sesuai pada material memberikan ambien di dalam galeri ini dramatik. Gaya display box dan almari/ kabinet khas dibina bagi pengunjung berinteraksi buka/ tutup untuk melihat koleksi yang tersimpan di dalam setiap laci kabinet. Berserta kapsyen grafik yang ringkas dan sesuai dengan peragaan pameran ini yang elegan sesuai dengan status quo objek yang dipamerkan iaitu pembesar/ raja/ sultan. 

 

 Seperti biasa, karya-karya lukisan era Renaisan tentang kisah-kisah religi, kristianity dan peristiwa  penjajahan turut menghiasi dinding galeri dalam pelbagai saiz dan format berserta keunikan decoratif bingkai yang mengkagumkan hasil kerja tangannya. Entah terlalu ramai pelukis era Renaisan ini hingga saya tidak mengingatinya yang hanya terekam di fikiran sudah tentu Leonardo Da Vinci dan Caravaggio. 

-Sekian-

Tulisan dan gambar adalah hak milik Baktiar Naim 

Disclaimer: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri dan tidak mewakili penyataan institusi.




Comments