Projek Kuratorial#2 Pameran Mnemonic Capturing Menawan Memori, Galeri Seni Johor (2015)
Projek Kuratorial#2 Pameran Mnemonic Capturing Menawan Memori, Galeri Seni Johor (6 Sept 0 26 November 2015)
MNEMONIC CAPTURING – MENAWAN MEMORI
Satu pameran tinjauan mengenai perkembangan fotografi dan fotografi seni halus di Malaysia.
Pameran ini merupakan projek kolaboratif antara dua institusi: Balai Seni Negara (NAG) dan Galeri Seni Johor. Balai Seni Negara mempersembahkan seniman terpilih daripada Koleksi Negara, yang menampilkan evolusi fotografi seni halus dari era awal hingga kontemporari. Galeri Seni Johor pula menyumbangkan koleksi mereka, termasuk kamera vintaj, dokumen, dan koleksi langka daripada koleksi fotografi Sultan Johor.
Kawalan Risiko
Kurator bukan sahaja perlu memperagakan koleksi dengan impak peragaan ( penggantungan dan pencahayaan) namun kurator juga perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan koleksi.
Kawalan risiko perlu dititik beratkan.
Pertamanya Lokasi, memastikan venue yang dipilih menepati Standard Fasility Report (FSR) dari Unit Koleksi dan Konservasi yang lebih awal datang ke lokasi bagi mengukur suhu mingguan/ bulanan sehingga bacaan suhu dengan purata suhu dan kelembapan yang sesuai bagi memastikan koleksi yang akan dipamerkan tidak rosak oleh kerana kelembapan yang melebihi kerana kebanyakan karya yang dipamerkan berasaskan kertas. Dan faktor utama kerosakan adalah kelembapan lokasi mengakibatkan penumbuhan kulat/ fungus.
Galeri Seni Johor merupakan rumah dua tingkat pembesar Negeri Johor yang dibina pada 1910 dan pernah menjadi Pusat Pemerintahan Jepun dan dibuka sebagai galeri pada tahun 1994 dan kini ia ditinggalkan atas faktor keusangan dan pemilikan.
Risiko kedua, adalah faktor manusia yang boleh mengakibatkan kerosakan seperti rosak, jatuh, pecah dan vandalisma kepada karya koleksi. Maka, dalam persetujuan bersama pihak galeri sentiasa memastikan kawalan pembantu muzium/ pengawal keselamatan sentiasa melakukan rondaan sewaktu pameran beroperasi kerana sewaktu itu ruang di tingkat atas tidak mempunyai kemera litar tertutup CCTV.
Risiko ketiga adalah pengcahayaan. Kesan daripada paparan cahaya pada karya selama hampir 3 bulan boleh mengakibatkan warna atau lapisan karya menipis atau pudar (faded). Oleh itu, pihak konservasi turut sama membuat bacaan terhadap Lux cahaya yang sesuai dengan jenis karya fotografi.
Pameran ini boleh dikategorikan sebagai pameran bergerak dengan membawa keluar koleksi berjalan-jalan menemui pengunjung dan masyarakat di Selatan tanahair. Pada waktu itu, mungkin tidak baca platform sosial media yang mampu memberikan pengalaman seni dari skrin ke dalam galeri seni. Dan, metod ini sudah tentu lebih mengasyikkan dan memberikan pengalaman yang berharga kepada masyarakat yang turut sama berkongsi nilai kebersamaan dan koleksi sepunya iaitu koleksi seni visual negara.
-Sekian-
Tulisan dan gambar adalah hak milik Baktiar Naim
Disclaimer: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri dan tidak mewakili penyataan institusi.


Comments