ARKIB-KEMBARA#1: BALI DAN CHANG FEE MING
Arkib-Kembara#1 Bali Indonesia
Sebagai seorang kurator, kerja-kerja penyelidikan lapangan adalah perkara rutin untuk mencari kefahaman di antara seniman dan kehidupannya. Kembara ini akan membentuk satu hubungkait bagaimana seniman menjalani rutin artistiknya yang menjalani kehidupan sebagai individu dalam pola sosio dan masyarakat, malah mengalami perjalanan keruhanian estetiknya dengan mengimpletasi dalam kerja produksi karya seni terhadap masyarakat.
2012, adalah tahun permulaan yang saya kira banyak membentuk praktik saya ke harini.
Sebagai kurator di institusi, kita wajib memahami visi dan misi dan bagaimanakah kandungan dan bentuk pameran yang boleh kita bina/ cipta menerusi sebuah pameran seni? Saya kira jemputan Kenny G13 untuk melawat sambil menyelidiki Bali adalah sebuah "refresh" bagi membuka peluang dan menghidu ruang intagible dalam perhubungan dengan seniman dengan kurator di lapangan antarabangsa.
From South China Sea to Mount Agung oleh pelukis Malaysia- Chang Fee Ming
Chang Fee Ming (lahir 1959, Terengganu, Malaysia) ialah seorang pelukis cat air yang terkenal, diiktiraf kerana penggambaran budaya Asia Tenggara yang terperinci dan penuh warna. Karyanya menangkap inti pati tradisi tempatan, dengan tumpuan khusus kepada figura manusia, corak batik, dan pakaian berwarna-warni dalam kehidupan luar bandar Melayu. Sebagai seorang artis yang kebanyakannya belajar sendiri, kemahiran Chang dalam menggunakan cat air, cahaya, dan tekstur telah menjadikannya salah seorang artis kontemporari terkemuka di rantau ini.
Saya kira peranan pameran ini, adalah sifatnya cultural-monetary yang boleh memberikan kebaikan menang-menang kepada pihak seniman dalam mengekspresi dalam karya seni buatanya dan keuntungan pasaran hasil jualan oleh pihak galeri yang turut berperanan sebagai promoter dalam pasaran seni. Ekosistem ini perlu diperluas agar ramai seniman dapat bermain-main dengan pasaran dan membina karier mereka selain mencari makan.
-Sekian
Penghargaan: Kenny G13, Syahrul Niza dan semua fotografi adalah milik Baktiar Naim
Comments