MOMENTA: ROSLISHAM ISMAIL @ ISE
Momenta: Roslisham Ismail @ Ise (b.1972 - d.2019)
Perkenalan dengan Ise, lebih akrab apabila saya menguruskan cadangan perolehan karyanya "Keluar 90 Hari" yang di pamerkan di Australia Ambassy sekitar tahun 2007. Dari situ, saya mula rapat dengan dia, di mana sering bertamu di studio dan kedai mamak Arif (berdekatan studio beliau) sempat juga saya ke studionya di Taman Dagang atas Pasaraya Hero.
Bila dia balik dari travel sering kami bergosip seni, lepak dan minum mamak sambil berbicara mengenai artscene seni di KL. Saya dijemput untuk ke satu pameran oleh Ise ke Kota Bharu untuk mengumpul dana bagi percetakan buku Langkasuka Cook Book sempena Asia Pacific Triennale di Australia. Pameran paling rahsia ini hanya menjemput kolektor seni terpilih untuk mengikuti 'jalan-jalan cari makan' di sekitar Kota Bahru, di mana Ise dan Azzaha Ibrahim menjadi guide tour dan memperkenal masakan kelantan-gastronomi.
Jamuan tengahari itu di Warung Pak Mat Pulau Pisang yang di hadiri oleh Pakharudin, Chang Fee Meng, Joshua, dan beberapa nama yang saya lupa. Lepas makan sedap-sedap, kolektor pun naik ke pameran rahsia di Vagna Gallery milik Azzaha, maka berebut-rebut mereka menanda lukisan lakaran yang hendak dibeli bagi membiayai kos penerbitan buku kuning - Langkasuka Cook Book.
Ise dan Azzaha membawa kolektor dalam mengkurasi makanan kelatan, turut serta Pak Mat pemilik warung yang berkongsi rahsia tentang air tangannya.
Lukisan-lukisan "Langkasuka Cook Book" yang terpilih untuk pameran rahsia ini, bukan senang-senang nak dapat " guided tour" makan oleh Ise dan sertai jualan -rahsia yang paling keren ini.
Inilah momenta, yang lain dari lain, akhirnya nama saya termasuk di dalam senarai penghargaan di karya buku Langkasuka Cook Book. Kaedah dan strategy yang lain macam, akhirnya terbitlah karyanya. Alhamdulillah, satu penghormatan yang tinggi dari Ise untuk saya yang biasa-biasa saja ini. Dari sini juga, saya mulai mengenali Azzaha Ibrahim (Gambar terkini-saya dan Azzaha) , researcher penting tentang Langkasuka dan projek karya penting Ise ini.
Tenanglah Ise. Al Fatihah
-Sekian-
Semua tulisan dan gambar hak milik: Baktiar Naim











Comments