Perlukah kurator memahami kerja-kerja teknikal?
Perlukah kurator memahami kerja-kerja teknikal?
Persoalan yang ringkas ini, sering menjadi hal yang rumit untuk diperjelaskan.
Ya, sebuah pameran perlukan seorang kurator bagi kerja-kerja membangunkan pameran. Ada tiga perkara yang menjadi tanggungjawab kurator dalam kerja mengkurasikan pameran adalah 1) Preliminaries ( kerja-kerja persiapan), 2) Development (merencanakan gagasan kerja-kerja pelaksanaan/ pengurusan) 3) Implementation - Implementasi. Dalam hal menyusun dan menggantung karya, kerja kurator adalah menyusun perletakkan karya dalam konsep dan konteks pameran dan bukannya menjadi pekerja teknikal yang mahir dalam pemasangan sesebuah karya seniman.
Walaupun begitu, ada sesetengah kurator sudah mahir tentang kefahaman teknikal seperti memahami ruang fizikal - dinding jenis apa, cara pendawaian, cara gantungan yang sesuai, lampu yang sesuai, perletakan kapsyen dan sebagainya. Pengetahuan itu juga, sedikit sebanyak membantu perletakkan karya seniman yang sesuai dengan ruang dan keperluan teknikal bagi karya tersebut.
Kerja kuratorial melibatkan banyak pihak, diantara peranan yang penting dalam membangunkan sebuah pameran iaitu tim produksi/ tim teknikal/ tukang gantung. Mereka inilah yang akan membantu kurator/ seniman dalam membangunkan karya sepertimana yang dikehendaki oleh kurator/ seniman.
" Kurator berperanan dalam proses mengamati, membaca, menilai, memaknai, memilih, dan mempresentasi karya-karya pilihannya di ruang publik di sertai teks kuratorial" - Dr. Suwarno Wisetrotomo, M. Hum
hak milik tulisan dan imej: baktiarnaim
Comments