Projek Kurator# PEMETAAN/ MAPPING (2016-2017)
Laluan ke Depan The Way Forward
“Pernahkah Balai menjadi tempat atau tapak pembentukan dan pembinaan nilai nilai artistik di negara ini? Atau, bagaimanakah Balai telah menentukan sejarah – sejarah seni lukis moden Malaysia? 1
Balai Seni Negara telah mencapai jangka hayatnya ke setengah abad, kini ulangtahun yang ke-59 tahun. Peranannya yang memikul misi dan visi kepada rakyat dalam melestarikan gagasan membentuk masyarakat berilmu dalam berkesenian adalah satu tanggungjawab besar dan amat berat. Koleksi himpunan tetapnya yang tersimpan adalah khazanah negara bangsa Malaysia. Setiap karya yang diperolehi mempunyai nilai sejarah, perkembangan kesenian dan maklumat secara visual.
Dan lagi, kemana pula ianya sekarang? Untuk melangkah ke abad ke-21, apakah tujuan dan hasratnya? Apakah perkaitan di antara wawasan Balai dengan Wawasan 2020?2
Tiga tahun lagi, negara akan mencapai ke tahun yang dinanti-nantikan iaitu tahun 2020. Wawasan dan idea serta pencapaian tentang sebuah takrifan sebuah negara maju idaman pemerintah kerajaan akan dinilai daripada pelbagai sudut oleh pelbagai pihak dan rakyat. Adakah ianya berjaya atau gagal?
Begitu juga dengan pengukuran seni dan budaya. Dan bagaimana pula gagasan untuk mengukur kemajuan seni kontemporari di Malaysia? Adakah dengan menilai prestasi dan tanggungjawab institusi sebagai nadi terhadap pertumbuhan dan kemajuan dalam bidang seni? Atau kejayaan artis yang menempa nama mereka di peringkat antarabangsa dengan inisiatif sendiri atau institusi digambarkan “memetakan Malaysia” kepada dunia.
“Another country that has a right to be pleased with its showing is Malaysia...they Malaysians did not win any prizes, but they may well surprise the next Triennial”3
2017, Balai akan menganjurkan acara berprestij iaitu Kuala Lumpur Biennale yang pertama. Biennale boleh di anggap sebagai sebuah acara seni yang dinilai sebagai satu pengiktirafan kemajuan seni bagi sesebuah negara. Penganjuran ini sudah pasti menjadi titik penting terhadap pandangan dunia luar terhadap perkembangan seni kontemporari di Malaysia. Tumpuan ini akan mempamerkan kewibawaan Balai sebagai pentadbir acara selain sebagai badan yang mendukung matlamat dan kemajuan seni dan budaya visual.
Jadi, satu pementasan kembali yang memaparkan peranan Balai dalam mendokumentasikan sejarah seni lukis moden dan hubungkaitnya dengan pelaksanaan biennale sebagai pengenalan terhadap perkara lepas dan laluan ke depan.
Pameran Pemetaan: Sejarah Seni Moden Malaysia
Sudut pandang pameran ini adalah memaparkan reaksi seni dan sosial serta imbasan sejarah negara bangsa. Ianya mungkin tampak bosan oleh sesetengah pihak yang tidak memahami fungsi institusi dan kepentingan khazanah seni lukis moden sebagai satu pembuktian serta sebagai piala – piala yang memperingati sebuah pembangunan sejarah seni. Peranan pelukis sebagai perakam zamannya dan karya sebagai artifaknya.
Selain, melihat peranan Balai yang memaju seni lukis ke visual, moden dan kontemporari. Pameran ini harus dinilai kembali tentang peranan institusi ini terhadap mandat, visi dan misi-nya. Adakah negara memerlukan institusi baru atau bangunan baharu yang hanya fokus kepada koleksi seni kontemporari sejajar dengan pengajuran aktiviti seni kontemporari seperti Binale dan sebagainya? ( Jawapannya kini Balai telah dalam inisiatif membuka satu galeri baru- NGOCA - National Gallery of Contemporary Art di Ipoh yang dijangka buka kepada umum pada 2026)
Adakah Balai lama ini fokusnya terhadap koleksi seni moden yang boleh dijadikan model dan pemahaman rakyat kepada pengenalan seni dan pemoderennya? Dan, koleksi seni kontemporari yang bertarikh hari ini dan masa depan akan dikumpul dan dipamerkan jika ada lagi satu Balai baru yang fokus dan impiannya terhadap perkembangan seni kontemporari.
Pameran ini dikurasikan oleh Tan Hui Koon, Baktiar Naim, Majidi Amir, Faizal Sidek, Steve Lai dan Syahrulniza Zaini dan dipamerkan sepanjang tahun 2016 hingga ke pertengah tahun 2017, bagi memberikan kerja-kerja pameran KL Biennale 2017.
-Sekian-
Teks dan gambar adalah hak milik: Baktiar Naim
Comments